Friday, October 30, 2009

TELUR

Pada suatu hari Azman telah pergi ke sebuah kedai mamak untuk membeli telur, tapi malangnya telur sudah habis. Untuk menggantikan telur Azman pun tanya kepada mamak tu.

"Ane, telur takda apa macam mau makan?"

Itu Ane pun menjawab "Lu punya telur ada, gunalah, simpan dalam seluar kasi masam apa dapat !"

PEMALAS DAN RAJIN

Di sebuah sekolah menengah (tak kisah lah sekolah mana pun) ada dua orang pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza salah seorang daripada mereka selalu menyiapkan kerja rumah dan seorang lagi tidak suka menyiapkan kerja rumah yang di berikan guru yang mengajar mereka. Nak di jadikan cerita pada suatu hari yang si malas telah menyiapkan kerja rumah maka hairanlah kawannya yang selalu menyiapkan kerja rumah ini dengan perubahan mendadak kawannya yang tidak pernah membuat kerja rumah itu.

Budak 1: Kau selalu tak siap kerja rumah, apsal hari ni kau siap pulak lepas tu semua jawapan betul lak tu heran aku
Budak 2: Nak tak nak aku kena buat jugak kerja rumah nanti kalau aku tak siap mak aku tak bagi tengok..
Budak 1: Mak kau tak bagi tengok apa??

Budak 2 dengan gembiranya lalu menjawab

Budak 2: POWER RANGERS!

MAMAK

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.

Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?

Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.

Pemuda : Bagi teh panas 1.

Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.

Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?

Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar

RM1.20.

Friday, October 9, 2009

BURUNG SPESEL

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami..

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"

Suami menjawab..

"Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kiri dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..

Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..

Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"

Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."

Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

PPP CUTTER

Ada tiga orang pemuda sedang menghadiri temuduga. Si penemuduga pula merupakan lelaki Inggeris yang langsung tak faham Bahasa Melayu. Oleh itu, khidmat penterjermah terpaksa diperlukan. Masuk lah lelaki pertama.

L.Inggeris: What's ur name?
Abu: My name is Abu Bakar bin Ali.
L.Inggeris: What is ur father occupation?
Abu: My father is a wood cutter.

Lelaki Inggeris itu memandang si penterjermah. Penterjermah cepat2 menjawab.

Penterjermah: It's mean that his father is a carpenter.
L.Inggeris: Ok, U may go now

Maka keluarlah lelaki pertama tu dan masuklah lelaki kedua.

L.Inggeris: What's ur name?
Ismail: My name is Ismail bin Ishak.
L.Inggeris: What's is ur father occupation?
Ismail: He is a meat cutter.

Penterjermah: His father is a butcher.
L.Inggeris: I see. U can go now.

Lelaki kedua keluar kemudian lelaki ketiga pulak masuk.

L.Inggeris:Tell me what is your name?
Karim: My name is Ahmad Karim bin Ahmad Kassim.
L.Inggeris: What's is your father occupation?
Karim: My father is a..... 'pppp' cutter. ( Teragak-agak nak jawab)

Lelaki Inggeris dan penterjermah berpandangan sesama sendiri. Tak faham agaknya.

L.Inggeris: What did u say?
Karim: I said my father is a 'pppp" cutter. (Dlm hati, kenapa lah bapak aku pilih pekerjaan yang susah nak disebut)
Penterjermah: Awak cakap lah dalam bahasa Melayu.
Karim: Bapak saya Tok Mudim
L.Inggeris: What is it mean?
Penterjermah:Oh. His father is a..... 'pppp' cutter.

Lelaki Inggeris tu pula dah mula nak bengang.

L.Inggeris: I know the word 'cutter', but I don't understand what's 'pppp' mean?!!...

Penterjermah itu menunjukkan objek yang dipotong dan sekaligus menyebabkan lelaki Inggeris ketakutan dan bangun melarikan diri.

ISTERI CEMBURU

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

GAMBAR

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu….. kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; “Darling! ada mancis tak?”. Ada kat dalam laci sebelah katil tu”, jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; “Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? “Bukan” jawab si wanita tu. “Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?”, “Bukan jugak” jawab wanita tu lagi. “Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?” tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut “Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina” jawab si wanita tu dengan penuh manja.

AAAaaaawwWW?

Join This Site